Home |About Me | Services | Gallery | Contact Us | Utility

 

 

ME..... Saya ZAINOL MUDA, mula berkecimpung dalam bidang fotografi sejak di bangku sekolah menengah lagi, iaitu sekitar 1980an. 'Bermain' dengan Kamera 135mm SLR Yashica MG-1 milik abang dengan merakam foto rakan sekelas dan aktiviti sekolah. Sejak itulah minat mula timbul untuk jadikan ia sebagai profesion sambilan. Belajar dengan pengalaman sendiri adalah suatu kelebihan bagi saya. Sejak itulah saya mula mengenali 'apperture', 'ISO', dan 'speed' dan elemen lain yang ada pada kamera. Selepas melanjutkan pelajaran ke salah sebuah kolej perguruan, saya mula mendapatkan kamera filem yang lebih 'baik' lagi iaitu SLR Yashica FX-3,FX-7 dan Nikon F90x.

Bersama mempelai di Jalan Teluk
Baru, Langkawi 18 Sept. 2011

Pada era millenium ini, Kamera filem tidak lagi diperlukan oleh kebanyakan masyarakat. Saya mula mendapatkan Nikon SLR D-70 yang pada ketika itu cukup 'dikenali' walau dengan hanya 6.0mp sahaja. Ia cukup bermakna bagi saya kerana kamera tersebut telah memberi kelebihan kerana 'tidak perlu menggunakan filem 135cm lagi.

Saya bercadang untuk menambah 1 unit lagi kamera untuk dijadikan 'second camera' kerana saya kini sudah memiliki 1 unit lensa 70mm - 200mm/f2.8. Tetapi agak malang bagi saya kerana ketika menyelesaikan satu tugasan besar untuk salah sebuah badan korporat telekomunikasi tentera(SAFURA HOLDING) pada LIMA 2007 lalu, kamera tersebut 'hilang' bersama dengan lensa tersebut. Sedih dan agak kesal di atas kejadian tersebut. SAtu foto pun tidak dapat saya buktikan di sini kerana ia 'lesap' bersama kamera. Walaupun pada hari tersebut masih belum dibuka kepada umum, namun saya cukup hairan di sebalik ramai 'sequrity' (termasuk anggota keselamatan seperti polis dan bodyguard 'sibuk dengan melayan VVIP melawat 'boos', ada 'manusia' yang berkesempatan berbuat demikian. Ia menjadi pengajaran bagi saya untuk tidak leka dan lebih berhati-hati walau berada ditahap keselamatan yang paling tinggi.

Walau banyak perasaan tidak puas hati yang terbuku di hati saya namun semangat membara yang ada pada diri ini tidak pernah luntur. Dalam masa 1 bulan kemudiannya, saya telah berjaya mendapatkan 1 unit kamera Nikon SLR D200 dengan membeli semula lensa yang sama. Kini saya mempunyai 1 unit lensa 'wide angle' 17mm yang saya kira cukup untuk mengambil gambar 'penuh' walau berada pada jarak kurang dari 1 meter. Untuk masa hadapan, saya akan berusaha untuk mendapatkan 1 unit kamera lagi sebagai kamera kedua. Saya mula menceburi bidang ini secara serius sejak tahun 1997. Saya mendapatkan 'service' melalui rakan kenalan. Sehinggalah saya mula menggabungkan perkhidmatan ini dengan perkhidmatan rakaman dan penerbitan video di hotel-hotel dan majlis perkahwinan melayu.

Terbaru...alhamdulillah pada Mei 2009, saya telah membeli seunit lagi kamera Nikon D300...berkat doa kalian juga. Saya juga berjaya menambah aksesori lain seperti lampu studio penggambaran ala majalah dan foto berkumpulan.

jadi DJ di Felcra Kok, Langkawi

SUKAN BADAN-BADAN BERKANUN 2009 DEEJAY CORNER

Bagi Kamera video pula, minat saya timbul ketika berada di salah sebuah kolej perguruan. Ketika itu saya dikehendaki mengendalikan sebuah kamera studio dalam suatu sesi pengajaran mikro. Maka minat mula timbul. Berbekalkan pengetahuan asas fotografi, saya membawa pengalaman tersebut ke bidang videografi pula pada awal 1990an.

Sekembali saya ke Pulau Langkawi pada awal 1990, saya mula mendapatkan 1 unit kamera Panasonic M9000 yang pada ketika itu menggunakan pita VHS untuk rakaman video majlis perkahwinan melayu. Ketika itu saya hanya mengambil 'upah' merakam majlis perkahwinan hanya RM50 sahaja dan selepas itu saya menyerahkan pita rakaman tersebut tanpa membuat potongan (editing) visual. Ketika itu saya tidak mampu lagi membeli lampu tambahan (video light). Bayangkan keadaan visual ketika itu. Sudah pasti sistem pencahayaan pada video tersebut tidak mencukupi. Ketika itu ramai kenalan tidak 'nampak' apa gunanya saya membelanjakan lebih RM3000.00 ringgit.

Alhamdulillah, sekarang saya memiliki 2 unit 3CCD digital video kamera Model Canon Xl1s & Xl2, 2 unit tripod dan 3 unit lampu video dan aksesori rakaman audio. Saya mampu membuat rakaman video secara langsung(life), dan 2 acara berbeza tempat secara serentak. Kini saya mempunyai 3 orang pembantu tetap untuk menjalankan kerja-kerja produksi.

Akhirnya pada pertengahan 2009, saya telah menyediakan satu set siaraya untuk majlis perkahwinan dan seumpama. Walaupun agak baru, namun saya telah mendapat sokongan daripada seluruh penduduk sekitar dengan mendapat tempahan demi tempahan. Terbaru saya telah mendapat 'kontrak' menyediakan PA System dan DJ selama 3 hari 3 malam di Karnival Agro Bazaar Tani 2010 di Kompleks Kota Tani pada awal Ogos 2010 lalu.

Home

© 2008 takeTWOstudio, Allrights Reserved